Khamis, 16 Februari 2023

Israk Mikraj

 Bagaimanakah kisah Israk Mikraj berlaku? Artikel ini akan menerangkan bagaimana berlakunya peristiwa Israk Mikraj pada masa sebelum, semasa dan selepas.

Pengenalan

Semua orang tahu kisah Israk Mikraj di mana Rasulullah dari Mekkah ke Baitul Maqdis (Palestin). Dari Baitul Maqdis (Masjid al-Aqsa) pula naik ke Sidratul Muntaha, iaitu satu tempat yang berada lebih atas daripada langit ketujuh. Sidratul Muntaha ini, tiada makhluk Allah yang mampu melepasinya melainkan Rasulullah. Sebab itulah ianya istimewa. Ia memang khusus Rasulullah sahaja yang boleh naik ke situ.

Rasulullah ke sana sekejap sahaja, dalam satu malam, kira-kira pada dua pertiga malam. Dalam al-Quran ada disebutkan tentang ini. Cuba buka Surah al-Israk, baca ayat pertama. Muka surat 282. Allah berfirman:

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Mekkah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Ayat ini turun ketika mana selepas habisnya perjalanan Israk Mikraj di mana Rasulullah bercerita kepada orang ramai tentang hal itu. Ramai yang tidak percaya. Ramai yang mengatakan Rasulullah itu berdusta. Maka turunlah ayat ini untuk membenarkan kata-kata Rasulullah. Kita sebagai orang Islam percaya kerana ini merupakan kalam Allah sendiri secara pasti. Al-Quran itu diturunkan secara mutawatir maka wajiblah kita beriman dengan ayat ini.

Sebelum Peristiwa Israk Mikraj

Dua individu yang sangat disayangi oleh Rasulullah meninggal dunia. Dua individu yang sangat baik kepada baginda. Pertama, isteri kesayangan Rasulullah sendiri yang menenangkan baginda ketika mana baginda menggigil selepas mendapat wahyu pertama di Gua Hira’. Beliau ialah Siti Khadijah. Siti Khadijah-lah yang menyelimutkan baginda. Kali pertama baginda menerima wahyu, bukan sesuatu yang mudah bila baginda dilihatkan satu malaikat di hadapannya. Baginda juga manusia biasa. Khadijah-lah yang berada di sisi baginda, menenangkan baginda dan membenarkan Islam yang dibawa baginda. Bayangkan, ketika semua orang tidak mahu Islam, namun Khadijah mahu Islam. Betapa dahsyatnya beliau menjadi seorang yang pelik.

Skip to Content

Aku Muslim

Kehidupan seorang muslim perlu berpandukan Quran dan Sunnah

Home  Sirah Kisah Israk Mikraj -Peristiwa Sebelum, Semasa dan Selepas

UPDATED ON SEPTEMBER 27, 2021SIRAH

Kisah Israk Mikraj -Peristiwa Sebelum, Semasa dan Selepas

https://akumuslim.asia/author/sadiq-salihoddin/

SADIQ SALIHODDINLEAVE A COMMENTON KISAH ISRAK MIKRAJ -PERISTIWA SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS

Zaman kita, Islam sudah tersebar luas. Islam ini sudah popular. Zaman baginda, Islam ini satu yang pelik. Ajak untuk mengesakan Tuhan ini merupakan satu benda yang pelik. Tetapi, pada Khadijah tidak. Pegang kebenaran. Ramai tidak semestinya betul.

Kedua, bapa saudara Rasulullah yang tidak menganut Islam tetapi amat mengasihi baginda, iaitu Abu Talib Bin Abdul Mutalib. Abu Talib, walaupun tidak percaya dengan apa yang baginda bawa, tetapi tetap baik hubungannya dengan Rasulullah. Pernah juga Abu Talib minta baginda untuk tidak berdakwah, tetapi Rasulullah dengan hormatnya menolak saranan itu.

Abu Talib melindungi Rasulullah ketika ramai orang nak menyakiti baginda. Pernah sekali orang Quraisy menyerahkan seorang pemuda tampan yang bernama Imarah Bin Walid kepada Abu Talib untuk dijadikan anak tetapi dengan syarat kena serahkan Rasulullah kepada mereka. Abu Talib dengan tegasnya menolak. Sungguh sayang kepada anak saudaranya itu. Meskipun tidak seakidah, hubungan saudara itu tetap dipelihara dengan kukuh.

Dengan kehilangan dua individu yang sangat disayangi baginda ini, baginda tersangatlah sedih. Mari kita buat garis panduan agar cerita ini jelas:

• Rasulullah tidur di rumah Ummu Hani (anak Abu Talib dan kakak Ali). Baginda didatangi oleh tiga malaikat, Jibril, Mikail dan Israfil. Baginda dibawa ke Hijr (dekat Kaabah) dan tidur bersama dua lagi orang sahabat iaitu Hamzah Bin Abu Mutalib dan Ja’far Bin Abu Talib. Kemudan, baginda dibawa pula oleh malaikat ke Telaga Zam Zam, pun dekat saja dengan Kaabah.

• Ketika duduk di Telaga Zam Zam, Jibril pun membedah dada Rasulullah dan membasuh hatinya tiga kali dengan air zam zam. Malaikat Mikail membantu Jibril dalam hal ini.

• Rasulullah bergerak menaiki Buraq, seekor haiwan lebih besar daripada keldai dan lebih kecil daripada baghal (sejenis unta). Buraq ini laju, ia boleh bergerak sejauh matanya mampu melihat. Kalau matanya melihat sejauh 10km, maka 10km-lah ia mampu membawa Rasulullah. Ia bawa Rasulullah ke satu tempat dan baginda bersembahyang di situ. Nama tempat itu, Taybah. Itu nama dulu, sekarang namanya Madinah al-Munawwarah. Jibril beritahu Rasulullah yang baginda bakal berhijrah ke sini. Dua malaikat berada bersama Rasulullah, Jibril dan Mikail. Malaikat ketiga, menurut riwayat sudah tidak bersama mereka lagi.

Semasa Israk

• Selepas Taybah, baginda berhenti pula di Gunung Sinai di mana Nabi Musa mendapat kitab Taurah. Kemudian di Bethlehem di mana Nabi Isa lahir. Seterusnya di maqam (kubur) Nabi Musa, dekat sahaja dengan Masjid al-Aqsa.

• Sampai sahaja di Masjid al-Aqsa, buraq ditambat pada satu batu yang ditunjukkan oleh Jibril lalu tertimbuslah batu itu. Rasulullah pun masuk ke dalam Masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat dua rakaat. Para Nabi sebelum-sebelum ini menjadi makmum kepada Rasulullah. Jibril tanya kepada Rasulullah, “Tahukah engkau siapa yang solat di belakangmu tadi?” “Tidak tahu,” jawab Rasulullah. “Merekalah para Rasul dan Nabi yang diutuskan oleh Allah.

• Lepas habis solat di Masjid al-Aqsa, Rasulullah dihidangkan dengan dua jenis air. Satu, arak. Dua, susu. Jibril bagi air-air ini kepada Rasulullah. Lantas, Rasulullah memilih susu. Jibril berkata, “Engkau telah memilih fitrah.” (Ada riwayat berkata tiga air, air ketiga itu air biasa dan riwayat lain kata air yang dicampurkan dengan madu).

Semasa Mikraj

• Rasulullah naik langit pertama. Rasulullah berjumpa dengan penjaga pintu langit pertama, nama malaikat itu ialah Ismail. Rasulullah ber-mikraj ini adalah dengan menaiki tangga. Tangga itu selang-seli dibuat dengan emas dan perak dari syurga Firdaus. Di langit pertama ini, Rasulullah berjumpa dengan Nabi Adam. Sebelah Nabi Adam terdapat dua pintu. Apabila Nabi Adam melihat pintu kanan, baginda akan gelak dan ketawa, tetapi bila baginda melihat pintu kiri, baginda akan sedih dan menangis. Di pintu kanan itu, Rasulullah pun pergi melihat. Baunya sungguh busuk. Rasulullah melihat di dalamnya ada pemakan riba, pemakan harta anak yatim dan penzina. Keadaan mereka sungguh mengerikan.

• Rasulullah naik ke langit kedua. Rasulullah bertemu dengan Nabi Isa dan Nabi Yahya. Rasulullah lihat ada persamaan antara rupa Nabi Isa dengan seorang sahabat baginda, Urwah bin Mas’ud as-Tsaqafi.

• Rasulullah naik ke langit ketiga. Rasulullah berjumpa dengan Nabi Yusuf. Rasulullah kata inilah manusia yang paling cantik diciptakan Allah.

• Rasulullah naik ke langit keempat. Rasulullah berjumpa dengan Nabi Idris.
• Rasulullah naik ke langit kelima. Rasulullah berjumpa dengan Nabi Harun. Nabi Harun dikhabarkan janggutnya separuh putih, separuh hitam. Dan, panjangnya sampai ke pusat.

• Rasulullah naik ke langit keenam. Rasulullah berjumpa dengan Nabi Musa. Nabi Musa menangis ketika berjumpa dengan Rasulullah. Apabila ditanya kenapa, Nabi Musa menjawab, “Aku menangis kerana ada seorang yang lebih mulia diutuskan selepasku. Umatnya lebih ramai masuk syurga berbanding umatku.”

• Rasulullah naik ke langit ketujuh. Rasulullah berjumpa dengan Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim berkata dengan Rasulullah, “(Hai Muhammad) perintahkanlah kepada umatmu, supaya mereka memperbanyakkan tanaman-tanaman syurga, kerana sesungguhnya tanah syurga itu subur dan luas.” Rasulullah bertanya, “Apakah tanaman-tanaman syurga itu?” Nabi Ibrahim menjawab, “La hawla wala quwwata illa billah.

• Rasulullah masuk ke Baitul Makmur dan naik ke Sidratul Muntaha.

• Rasulullah melawat syurga dan neraka.

• Rasulullah naik ke Mustawa. Mustawa ini mikraj Rasulullah yang ke sembilan. Di sinilah Rasulullah menerima syariat solat 5 waktu. Sebelum ini mereka solat bagaimana? Mereka solat 2 rakaat sesuai dengan syariat semasa itu. Di sinilah baru dapat syariat solat 5 waktu. Pada mulanya Rasulullah dapat perintah untuk 50 kali waktu solat. Rasulullah pun turun. Lalu Nabi Ibrahim, baginda tak berkata apa-apa. Lalu Nabi Musa pula, baginda yakinkan Rasulullah untuk minta kurangkan waktu solat sebab umatnya yang lemah dan tak mampu. Rasulullah berulang-alik banyak kali sampailah solat itu menjadi 5 waktu.

• Rasulullah turun, nak balik ke Mekkah. Baginda menaiki buraq dan akhirnya sampailah di Mekkah sebelum waktu Subuh. Kejadian Israk Mikraj ini berlaku pada satu malam sahaja.

Kisah Israk Mikraj -Peristiwa Sebelum, Semasa dan Selepas

https://akumuslim.asia/author/sadiq-salihoddin/

SADIQ SALIHODDINLEAVE A COMMENTON KISAH ISRAK MIKRAJ -PERISTIWA SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS

Bagaimanakah kisah Israk Mikraj berlaku? Artikel ini akan menerangkan bagaimana berlakunya peristiwa Israk Mikraj pada masa sebelum, semasa dan selepas.

Pengenalan

Semua orang tahu kisah Israk Mikraj di mana Rasulullah dari Mekkah ke Baitul Maqdis (Palestin). Dari Baitul Maqdis (Masjid al-Aqsa) pula naik ke Sidratul Muntaha, iaitu satu tempat yang berada lebih atas daripada langit ketujuh. Sidratul Muntaha ini, tiada makhluk Allah yang mampu melepasinya melainkan Rasulullah. Sebab itulah ianya istimewa. Ia memang khusus Rasulullah sahaja yang boleh naik ke situ.

Rasulullah ke sana sekejap sahaja, dalam satu malam, kira-kira pada dua pertiga malam. Dalam al-Quran ada disebutkan tentang ini. Cuba buka Surah al-Israk, baca ayat pertama. Muka surat 282. Allah berfirman:

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Mekkah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Ayat ini turun ketika mana selepas habisnya perjalanan Israk Mikraj di mana Rasulullah bercerita kepada orang ramai tentang hal itu. Ramai yang tidak percaya. Ramai yang mengatakan Rasulullah itu berdusta. Maka turunlah ayat ini untuk membenarkan kata-kata Rasulullah. Kita sebagai orang Islam percaya kerana ini merupakan kalam Allah sendiri secara pasti. Al-Quran itu diturunkan secara mutawatir maka wajiblah kita beriman dengan ayat ini.

Sebelum Peristiwa Israk Mikraj

Dua individu yang sangat disayangi oleh Rasulullah meninggal dunia. Dua individu yang sangat baik kepada baginda. Pertama, isteri kesayangan Rasulullah sendiri yang menenangkan baginda ketika mana baginda menggigil selepas mendapat wahyu pertama di Gua Hira’. Beliau ialah Siti Khadijah. Siti Khadijah-lah yang menyelimutkan baginda. Kali pertama baginda menerima wahyu, bukan sesuatu yang mudah bila baginda dilihatkan satu malaikat di hadapannya. Baginda juga manusia biasa. Khadijah-lah yang berada di sisi baginda, menenangkan baginda dan membenarkan Islam yang dibawa baginda. Bayangkan, ketika semua orang tidak mahu Islam, namun Khadijah mahu Islam. Betapa dahsyatnya beliau menjadi seorang yang pelik.

Zaman kita, Islam sudah tersebar luas. Islam ini sudah popular. Zaman baginda, Islam ini satu yang pelik. Ajak untuk mengesakan Tuhan ini merupakan satu benda yang pelik. Tetapi, pada Khadijah tidak. Pegang kebenaran. Ramai tidak semestinya betul.

Kedua, bapa saudara Rasulullah yang tidak menganut Islam tetapi amat mengasihi baginda, iaitu Abu Talib Bin Abdul Mutalib. Abu Talib, walaupun tidak percaya dengan apa yang baginda bawa, tetapi tetap baik hubungannya dengan Rasulullah. Pernah juga Abu Talib minta baginda untuk tidak berdakwah, tetapi Rasulullah dengan hormatnya menolak saranan itu.

Abu Talib melindungi Rasulullah ketika ramai orang nak menyakiti baginda. Pernah sekali orang Quraisy menyerahkan seorang pemuda tampan yang bernama Imarah Bin Walid kepada Abu Talib untuk dijadikan anak tetapi dengan syarat kena serahkan Rasulullah kepada mereka. Abu Talib dengan tegasnya menolak. Sungguh sayang kepada anak saudaranya itu. Meskipun tidak seakidah, hubungan saudara itu tetap dipelihara dengan kukuh.

Dengan kehilangan dua individu yang sangat disayangi baginda ini, baginda tersangatlah sedih. Mari kita buat garis panduan agar cerita ini jelas:

• 1..Rasulullah tidur di rumah Ummu Hani (anak Abu Talib dan kakak Ali). Baginda didatangi oleh tiga malaikat, Jibril, Mikail dan Israfil. Baginda dibawa ke Hijr (dekat Kaabah) dan tidur bersama dua lagi orang sahabat iaitu Hamzah Bin Abu Mutalib dan Ja’far Bin Abu Talib. Kemudan, baginda dibawa pula oleh malaikat ke Telaga Zam Zam, pun dekat saja dengan Kaabah.

• 2..Ketika duduk di Telaga Zam Zam, Jibril pun membedah dada Rasulullah dan membasuh hatinya tiga kali dengan air zam zam. Malaikat Mikail membantu Jibril dalam hal ini.

• 3..Rasulullah bergerak menaiki Buraq, seekor haiwan lebih besar daripada keldai dan lebih kecil daripada baghal (sejenis unta). Buraq ini laju, ia boleh bergerak sejauh matanya mampu melihat. Kalau matanya melihat sejauh 10km, maka 10km-lah ia mampu membawa Rasulullah. Ia bawa Rasulullah ke satu tempat dan baginda bersembahyang di situ. Nama tempat itu, Taybah. Itu nama dulu, sekarang namanya Madinah al-Munawwarah. Jibril beritahu Rasulullah yang baginda bakal berhijrah ke sini. Dua malaikat berada bersama Rasulullah, Jibril dan Mikail. Malaikat ketiga, menurut riwayat sudah tidak bersama mereka lagi.

Semasa Israk

• 4..Selepas Taybah, baginda berhenti pula di Gunung Sinai di mana Nabi Musa mendapat kitab Taurah. Kemudian di Bethlehem di mana Nabi Isa lahir. Seterusnya di maqam (kubur) Nabi Musa, dekat sahaja dengan Masjid al-Aqsa.

• 5..Sampai sahaja di Masjid al-Aqsa, buraq ditambat pada satu batu yang ditunjukkan oleh Jibril lalu tertimbuslah batu itu. Rasulullah pun masuk ke dalam Masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat dua rakaat. Para Nabi sebelum-sebelum ini menjadi makmum kepada Rasulullah. Jibril tanya kepada Rasulullah, “Tahukah engkau siapa yang solat di belakangmu tadi?” “Tidak tahu,” jawab Rasulullah. “Merekalah para Rasul dan Nabi yang diutuskan oleh Allah.

• 6..Lepas habis solat di Masjid al-Aqsa, Rasulullah dihidangkan dengan dua jenis air. Satu, arak. Dua, susu. Jibril bagi air-air ini kepada Rasulullah. Lantas, Rasulullah memilih susu. Jibril berkata, “Engkau telah memilih fitrah.” (Ada riwayat berkata tiga air, air ketiga itu air biasa dan riwayat lain kata air yang dicampurkan dengan madu).

Semasa Mikraj

• 7..Rasulullah naik langit pertama. Rasulullah berjumpa dengan penjaga pintu langit pertama, nama malaikat itu ialah Ismail. Rasulullah ber-mikraj ini adalah dengan menaiki tangga. Tangga itu selang-seli dibuat dengan emas dan perak dari syurga Firdaus. Di langit pertama ini, Rasulullah berjumpa dengan Nabi Adam. Sebelah Nabi Adam terdapat dua pintu. Apabila Nabi Adam melihat pintu kanan, baginda akan gelak dan ketawa, tetapi bila baginda melihat pintu kiri, baginda akan sedih dan menangis. Di pintu kanan itu, Rasulullah pun pergi melihat. Baunya sungguh busuk. Rasulullah melihat di dalamnya ada pemakan riba, pemakan harta anak yatim dan penzina. Keadaan mereka sungguh mengerikan.

• 8..Rasulullah naik ke langit kedua. Rasulullah bertemu dengan Nabi Isa dan Nabi Yahya. Rasulullah lihat ada persamaan antara rupa Nabi Isa dengan seorang sahabat baginda, Urwah bin Mas’ud as-Tsaqafi.

• 9..Rasulullah naik ke langit ketiga. Rasulullah berjumpa dengan Nabi Yusuf. Rasulullah kata inilah manusia yang paling cantik diciptakan Allah.

• 10..Rasulullah naik ke langit keempat. Rasulullah berjumpa dengan Nabi Idris.

• 11..Rasulullah naik ke langit kelima. Rasulullah berjumpa dengan Nabi Harun. Nabi Harun dikhabarkan janggutnya separuh putih, separuh hitam. Dan, panjangnya sampai ke pusat.

• 12..Rasulullah naik ke langit keenam. Rasulullah berjumpa dengan Nabi Musa. Nabi Musa menangis ketika berjumpa dengan Rasulullah. Apabila ditanya kenapa, Nabi Musa menjawab, “Aku menangis kerana ada seorang yang lebih mulia diutuskan selepasku. Umatnya lebih ramai masuk syurga berbanding umatku.”

• 13..Rasulullah naik ke langit ketujuh. Rasulullah berjumpa dengan Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim berkata dengan Rasulullah, “(Hai Muhammad) perintahkanlah kepada umatmu, supaya mereka memperbanyakkan tanaman-tanaman syurga, kerana sesungguhnya tanah syurga itu subur dan luas.” Rasulullah bertanya, “Apakah tanaman-tanaman syurga itu?” Nabi Ibrahim menjawab, “La hawla wala quwwata illa billah.

• 14..Rasulullah masuk ke Baitul Makmur dan naik ke Sidratul Muntaha.

• 15..Rasulullah melawat syurga dan neraka.

• 16..Rasulullah naik ke Mustawa. Mustawa ini mikraj Rasulullah yang ke sembilan. Di sinilah Rasulullah menerima syariat solat 5 waktu. Sebelum ini mereka solat bagaimana? Mereka solat 2 rakaat sesuai dengan syariat semasa itu. Di sinilah baru dapat syariat solat 5 waktu. Pada mulanya Rasulullah dapat perintah untuk 50 kali waktu solat. Rasulullah pun turun. Lalu Nabi Ibrahim, baginda tak berkata apa-apa. Lalu Nabi Musa pula, baginda yakinkan Rasulullah untuk minta kurangkan waktu solat sebab umatnya yang lemah dan tak mampu. Rasulullah berulang-alik banyak kali sampailah solat itu menjadi 5 waktu.

• 17..Rasulullah turun, nak balik ke Mekkah. Baginda menaiki buraq dan akhirnya sampailah di Mekkah sebelum waktu Subuh. Kejadian Israk Mikraj ini berlaku pada satu malam sahaja.

Selepas Peristiwa Israk Mikraj

• 18..Baginda didustakan oleh sebahagian besar kaum Quraisy. Semua tak percayakan baginda. Rasulullah berceritakan hal itu kepada orang ramai di ruangan umum. Abu Jahal merupakan antara individu mengolok-olokkan baginda. Dia mengatakan baginda sudah gila. Manakala Abu Bakar pula merupakan sahabat Rasulullah yang pertama membenarkan apa yang telah diceritakan oleh baginda.

Kesimpulan

Kisah ini menunjukkan kebesaran Allah dengan pembuktian berdalil dalam al-Quran sendiri. Barangsiapa yang beriman kepada kitabNya, maka berimanlah dengan cerita ini. Rasulullah diutuskan untuk membawakan berita gembira kepada kita semua umatnya. Hendaklah kita insaf dengan segala apa yang terjadi dan mengambil pengajaran untuk panduan hidup.

Jumaat, 23 September 2022

fadilat ayat Khursi

fadilat a,yat khursi

 Maksud ayat:

Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.
Khasiat Ayat Kursi:
  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
  2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
  3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
  4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
  5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
  6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
  7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
  8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
  9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
  10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

Selasa, 16 Ogos 2022

Hindarkan 24 perkara2 ini

 Jangan lakukan 24 perkara ini dalam hidup anda. 

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tak disukai oleh Allah SWT.

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah/sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

6.Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan/kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan

9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak siratulrahim.

14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada Allah SWT dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah SWT.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20.Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

21.Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.

22.Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

23. Jangan memakai tangkal kerana Allah SWT tak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNya.

24. Jangan mempertikaikan kenapa Islam itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya Allah SWT itu lebih mengetahui. Yang baik itu adalah dari Allah SWT dan yang buruk itu dari hambaNya juga.

Khamis, 14 April 2022

Keaikan tuk ummah

 kesinambungan menjadi umat yang baik dan berguna

  1. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu ke seluruh tubuh)mohon perlindunganNYA)- Bukhari.
  2. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH.
  3. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur.
  4. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
  5. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihat Nabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) – Bukhari.
  6. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda S.A.W.
  7. Adakalanya Nabi S.A.W amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) – Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh.
  8. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi S.A.W dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
  9. Setelah bersolat Nabi S.A.W mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali – Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari.
  10. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) – Bukhari.
  11. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
  12. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya di mulut (kerana dibimbangi terpercik) – Abu Dawud.
  13. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya.
  14. Sabda Nabi S.A.W: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Abu Naim.
  15. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya – Bukhari.
  16. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
  17. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih.
  18. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) – Muttafaq Alaih.
  19. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain.
  20. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH – Abu dawud.
  21. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya.
  22. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali – Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar.
  23. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
  24. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah – Ad-Dailami.
  25. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.